Ada di kalangan kita yang tidak menitik beratkan kerjasama dalam kumpulan malah mengabaikan serta tidak mengambil tahu segala tugas yang telah diberikan. Jika dalam kumpulan kita terdapat insan seperti ini, tentu kita sakit hati kan? Mana tak nya kita yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan, kawan kita pun mendapat nama juga. Tentu ini tidak adil kan? Kita pula berdiam diri je dan tak melaporkan kepada pensyarah ataupun pihak atasan kerana tidak mahu bergaduh, bermasam muka dan memperbesarkan kes.
Justeru itu, saya ingin mengetengahkan topik ini pada hari ini walaupun sebelum ini banyak pihak yang telah membincangkan hal ini. Selama 3 Tahun di Universiti macam-macam ragam ahli kumpulan yang telah saya temui, ada yang bagi kerjasama sepenunya, ada yang tidak mengambil tahu langsung, ada yang tidak mahu mendengar idea orang lain, ada yang bergaduh dan bermasam muka ketika membuat tugasan dan banyak lagi.
Makanya, kita perlu ingat kerjasama yang utuh dalam kumpulan bisa menghasilkan kerja yang bagus dan bermutu.
Lewat ini ramai yang tidak sedar dan cuba meminggirkan keutamaan bekerja dalam satu pasukan. Mereka merasakan lebih selesa untuk membuat segala kerja bersendirian. Ada yang memaklumkan hasil kerja yang dilakukan secara individu lebih berpuas hati berbanding dilaksanakan dalam bentuk kumpulan. Mereka juga tidak menaruh kepercayaan yang tinggi kepada orang lain untuk melaksanakan tugas sepertimana yang mereka biasa lakukan.
Disini saya senaraikan apa yang perlu ada dalam setiap anggota kumpulan untuk memupuk semangat berpasukan
- Perlu tahu tugas masing-masing
- Memberikan sepenuh perhatian kepada tugasan yang telah diberikan
- Sentiasa mengambil tahu masalah dalam kumpulan dan cara menyelesaikannya
- Berkongsi pandangan dan idea
- Boleh menerima teguran
- Menjaga hati dan menghormati ahli kumpulan yang lain
- Jika tidak berpuas hati suarakannya di hadapan
- Bersabar
Saya rasa itu saja perkongsian saya pada kali ini. Diharap apa yang saya luahkan dapat menyedarkan insan-insan di luar sana yang tidak mengambil peduli tentang permasalahan ini. Kerjasama dalam kumpulan amatlah penting seperti yang selalu dilaung-laungkan dalam animasi Wonder Pets "Apa yang penting KERJASAMA"... Sekian.
No comments:
Post a Comment