Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian... sedar tak sedar dah nak masuk study week dah.. cepatnya masa berlalu. So, masa stydy week ni la kita pulun habis-habisan subjek final nanti. Itulah tanggapan sesetengah pelajar, dalam masa seminggu nak study semua memang tak larat.. maka, sangat penting kita belajar dari awal sikit demi sikit... seperti pepatah mengatakan, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit".
Kalau kita lihat, banyak manfaatnya study dari awal lagi antaranya, terhindar dari stres, semua subjek kita boleh kuasai dan fahami, so.. masa study week tu kita ulang balik apa yang kita dah baca sebelum ni and then sebolehnya try tengok soalan yang lepas-lepas...barulah kita boleh score dalam final nanti.
Kebanyakan pelajar suka sangat study last minute sehinggakan malam sebelum final tak tidur malam... ini salah satu tabiat yang tidak elok kerana akan menjejaskan kesihatan dan maybe otak kita pun boleh jam dalam hall nanti. Maka berwaspadalah wahai pelajar semua.
Saya just bagi pandangan dan peringatan untuk diri saya saya dan juga rakan-rakan seperjuangan sekelian.
Cuba kita lihat pelajar cemerlang mempunyai motivasi diri yang tinggi, mempunyai jadual belajar, melakukan aktiviti berfaedah, tidur yang cukup bangun awal pagi and tidur awal, hidup penuh dengan perancangan dan sebagainya.
Kalau boleh kita semua nak menjadi salah seorang pelajar cemerlang kan? so, kenalah ubah sikap dan motivasi diri perlu ada untuk melengkapkan kita sebagai seorang pelajar yang cemerlang.
Ubahlah diri kita pada hari ini untuk masa depan yang lebih baik.. Jadilah yang terbaik dari kalangan yang terbaik....Itu sahaja, Wasalam... :)
No comments:
Post a Comment