Assalamualaikum w.b.t... Apa khabar semua, harap sihat-sihat selalu, dan sentiasa dibawah rahmat Allah s.w.t. Pertama sekali sempena hari guru ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh dunia, tak lupa kepada yang mendidik saya dari peringkat rendah hinggalah saya bergelar mahasiswa sekarang. Kepada semua pensyarah terima kasih banyak-banyak dengan ilmu yang telah anda semua curahkan semoga dengan ilmu yang ada dalam dada ini dapat mendidik generasi yang akan datang.. Insyaallah...
Seperti yang kita tahu, guru adalah seseorang yang sangat penting dalam hidup manusia, tanpa guru maka masyarat akam mundur dan cetek ilmu seperti pepatah mengatakan guru ibarat lilin yang membakar.
Guru adalah profesyen mulia. Peranannya mendidik generasi dengan ilmu pengetahuan dan akhlak. Tiada kepimpinan tanpa didikan guru. Sebarang kejayaan, maka di belakangnya ada guru. Guru sama peranannya dengan ibu. Guru mendidik minda dan jiwa, sedang ibu mendidik fizikal dan segala. Kejayaan individu oleh guru dan kejayaan masyarakat juga adalah oleh guru.
Dalam Islam sendiri mengajar kiata bagaimana cara menghormati dan memuliakan guru, sebagaimana kita memuliakan ibu bapa kita.kerana merekalah menyampaikan ilmu kepada kita untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. dan pengganti ibu bapa kita bila di sekolah, malah perkara sangatlah dititk beratkan dalam Islam kerana dengan memuliakan guru, ilmu yang kita pelajari bertambah berkat serta kita dapat mengamalkannya dengan baik.Sabda Rasulullah saw Maksudnya: Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya dia memuliakan TuhanNya.
Cara beradab menghormati guru:
- Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah
- Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.
- Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
- Mengucap salam setiap kali bertemu guru
- Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru
- Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru
- Menghargai ilmu yang diberi oleh guru
- Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
- Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.
- Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit
- Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah bila ditimpa musibah.
No comments:
Post a Comment