Assalamualaikum w.b.t.. pertama sekali marilah kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk kita bernafas di muka bumi Allah ini. Hari ni saya nak kongsi sedikit pengalaman berkahwin semasa belajar dan kebaikannya di sisi Allah dan juga masyarakat. Saya pilih topik ni sebab saya dah kahwin..hehe, so tak rugi jika saya kongsi serba sedikit pengalaman saya pada kawan-kawan semua.
“Barang
siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah
syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah
dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.
Berkahwin muda pada pandangan saya sangat baik dan dituntut kerana ia akan menghalang seseorang itu melakukan maksiat dan menjauhi daripada zina. Bahkan dalam Islam sendiri menggalakkan ummatnya berkahwin awal jika mampu..
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Sebut saja kahwin ramai yang cakap seronoknya kahwin... tapi kita perlu ingat, kahwin ni bukan perkara main- main. Bila dah kahwin adalah satu langkah permulaan memikul tanggungjawab yang besar. Ia adalah amanah dari Allah dan tanggungjawab haruslah dilaksanakan baik suami ataupun isteri. Kalau lelaki, dia kena bersiap sedia untuk membimbing isteri dan anak-anak. Kalau perempuan pula, dia kena bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab menguruskan keluarga. ha.. kena tahulah tugas masing-masing, jangan nak tahu berseronok je... Soal tanggungjawab yang dipandang remeh lah yang selalu jadi punca kepada keruntuhan sesebuah institusi keluarga tu.
Berkahwin semasa belajar ada cabaran dan kemanisannya tersendiri. terpulang pada individu tersendiri bagaimana mereka mahu mencorakkan rumah tangga mereka. Alhamdulillah setelah genap 9 bulan usia perkahwinan, ia telah mematangkan saya dalam membahagikan tugas sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang pelajar.
Saya masih ingat kata-kata ustaz yang mengajar halaqah kelas saya sem lepas, ustaz memang respect pelajar-pelajarnya yang kahwin awal. Ustaz cakap, bila kita dah kahwin first, ada orang jaga kita, nak minta tolong pun senang, tak de lah kita mintak tolong dekat sebarangan orang...so, ia dapat menghindari daripada godaan syaitan. second, bila hubungan kita dah halal, semuanya akan jadi sweet, walaupun kita makan kat rumah berlaukkan ikan kering, kita boleh merasai kenikmatannya berbanding makan di restoren bertaraf 5 bintang dengan pakwe, tak rasa apa-apa pun.. dosa ada la.. bila fikir-fikir balik memang betul apa yang ustaz cakap.
Antara Kebaikkan & Kelebihan Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda ialah:
- Mengelakkan zina
- Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat
- Batas-batas pergaulan anda lebih terpelihara
- Selamat dari gangguan orang ramai
- Selamat dari cinta monyet yang melalaikan
- Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah
- Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belajar
- Dapat membuat perancangan keluarga lebih awal
- Menjadikan kita seorang yang lebih bertanggungjawab
- Dapat bagi cucu awal dekat ibu dan ayah
So, diharap apa yang saya kongsi dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sebelum berpisah marilah sama-sama kita renungi Hadis Nabi s.a.w ini...
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment