"stres stres stes".... itulah perkataan yang selalu kita dengar apabila seseorang itu ada masalah.. Sebenarnya sres ni adalah situasi atau perkara yang boleh mengganggu atau membina kehidupan seseorang. Jika seseorang dapat menyesuaikan diri ia akan menjadi "EUSTRESS", Jika tidak dapat menyesuaikan diri ianya akan menjadi "DISTRESS".
Sebenarnya banyak perkara yang boleh buat kita stes kan? contohya tekanan di tempat kerja, tekanan belajar, gangguan emosi dan sebagainya. Tipulah kalau ada yang tak mengalami saat macam ni, tiap orang ada masalah tersendiri..Terpulang pada individu macam mana nak menyelesaikan masalah. Orang cakap kalau dipendam je masalah yang dihadapi makin parah jadinya. so, try share dengan orang yang boleh dipercayai manalah tahu ada penyelesain disitu. kalau masalah cinta macam mana??? hehe..
Disini saya nak share punca berlakunya stres..
PERSEKITARAN
- iklim- panas, sejuk, bencana alam, debu dan lain-lain
- suasana tempat tinggal/ perpindahan
- suasana tempat kerja
- jalan raya
PSIKOSOSIAL
- perhubungan keluarga(suami isteri, anak, ahli keluarga)
- kerjaya (tidak cocok, matlamat, mobiliti terbatas)
- masalah sosial
- konflik dengan pentadbiran
- perhubungan interpersonal
- kurang penghargaan
PERSONALITI
- tidak mampu katakan "TIDAK"
- keperluan untuk disukai
- merasa bersalah
- kesegeraan (hurry sickness)
- kebimbangan
- pengurusan kendiri
- sakit
Antara tanda-tanda stres ialah berlakunya gangguan emosi seperti mudah marah dan agresif, suka menyendiri, panas baran. orang stres mesti suka marah-marah kan...Selain itu gangguan pemikiran turut berlaku seperti sukar menyelesaikan masalah, sukar membuat keputusan dan pelupa... Bukan setakat gangguan emosi dan pemikiran sahaja fizikal kita turut terganggu seperti gangguan pada jantung, pencernaan dan paru-paru. bila dah stres kelakuan pun turut berubah, ada yang sukar tidur, makan berlebihan atau hilang selera makan dan lambat bertindak.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengankat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut. (Riwayat al-Hakim)
Sebenarnya stres ni akan memberi kesan kepada orang lain contohya pada individu lain, keluarga, organisasi, komuniti dan juga negara. kalau kita tak kawal emosi kita mungkin kita akan kehilangan kawan baik, pekerjaan dan lain-lain. sebenarnya ada rawatan yang boleh mengatasi stres andai kita mempunyai strategi. Apa strateginya??? Ni dia:
- Audit diri (lakukan ujian berkaitan psikologi)
- membina kemahiran diri (membuat keputusan dan menyelesaikan masalah)
- kemahiran pengurusan diri (menilai diri sendiri)
- mempekemas pengurusan emosi (kawal emosi)
- bina ketahanan diri (amalkan pemakanan sihat dan elakkan merokok atau minun minuman keras)
- kaji semula pegangan hidup (mengenal positif dan negetif)
Cara mengatasi stres:
- keluarga bahagia
- pekerjaan yang seronok
- sembahyang, berzikir dan berdoa
- bersukan
- diet yang sihat
No comments:
Post a Comment