salah sebuah sekolah di Rantau Panjang, Kelantan
Memandangkan sekarang ni cuaca tak berapa nak menentu, hujan je... banyak Negeri yang mengalami banjir. Salah satunya Negeri Kelantan sehinggakan lebih banyak sekolah akan ditutup ekoran banjir.
Apa yang saya tahu..memang saya tahulah sebab kampung saya dekat dengan Rantau Panjang hehe...kawasan Rantau Panjang ni selalu je banjir sebab kawasannya rendah dan berhampiran dengan Sungai Golok. hujan sikit je mesti banjir..and then jalan akan ditutup, tak leh la korang nak shoping2...
Setakat ni antara sekolah yang terlibat ialah 15 buah di jajahan Pasir Mas dan enam lagi di jajahan Tanah Merah.
Sekolah di jajahan Pasir Mas ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi, SMK Rantau Panjang, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Alfalahiah Sirah, SABK Diniah Bongor, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang I, SK Kok Pauh, SK Kampung Baru, SK Rantau Panjang, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Khay Boo, SK Bakong, SK Gual Sitok, SK Sri Rantau Panjang II, SK Rahmat, SK Gual Tok Deh dan SK Lubok Stol.
Enam lagi sekolah di jajahan Tanah Merah ialah SK Sokor, SK Ladang Kerilla, SK Kampung Panjang, SK Tebing Tinggi, SK Kulim dan SABK Tarbiayah Islamiah (Kuala Kajang).
Banjir ni boleh mendatangkan bahaya. so, kita perlu tahu langkah-langkah keselamatan semasa banjir. Antaranya ialah :
- Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
- Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
- Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
- Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir.
Langkah-langkah keselamatan dah tahu, bagaimana pula cara kita menjaga kesihatan sewaktu banjir?? caranya ialah seperti berikut:
- Sentiasa minum air yang telah dimasak
- Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
- Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
- Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling
- Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
- Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.
Kepada mangsa-mangsa banjir bersabarlah, ni semua ujian daripada Allah s.w.t. Apa yang penting jagalah keselamatan diri dan keluarga,ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak daripada bermain air banjir dan patuhilah arahan dari pihak-pihak keselamatan. sekiranya dinasihatkan berpindah maka sebaiknya berpindah kerana nyawa adalah lebih penting dari segalanya.
No comments:
Post a Comment