Assalamualaikum sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian... pada petang yang tenang ini saya ingin berkongsi satu topik yang tidak asing lagi pada kita semua iaitu masalah kewangan. Bukan sahaja pelajar yang mengalami masalah ini bahkan yang sudah bekerja dan mempunyai gaji tetap turut dilanda masalah ini.
Terlalu
ramai di kalangan masyarakat kita hari ini terpaksa
bergelut dengan masalah kewangan setiap hari. Betul tak kawan-kawan?
Saya juga tidak terlepas dalam masalh ini, yela... harapkan duit pinjaman je untuk makan, yuran, buku-buku dan sebagainya. Bukan mak bapak tak bagi duit, saya ni jenis yang tak suka nak meminta-minta. Kesian mereka, ramai lagi adik-adik kat bawah yang masih belajar. Kalau dah tak de duit baru saya minta, tu pun tak banyak sekadar cukup makan. So, pandai-pandailah kita berjimat-cermat.
Saya nak ceritakan sedikit pengalaman saya masa saya tahun satu,
saya tinggal kat asrama... Masa last semester memang kesian betul, pagi
tak makan tunggu makan tengah hari, tu pun makan maggie je, Sebab nak
save budget... Makan nasi sekali je sehari, tu pun nasi bujang je...
Yela nasi bujang tak la mahal sangat just RM2.50 je.
So, Alhamdulillah sekarang saya dah pandai nak manage perbelanjaan saya. Kawan-kawan mengadu duit pinjaman dah habis tapi saya still dapat hidup lagi.. Hehehe, bukan apa pengajaran lepas saya jadikan iktibar. Dah serik tau hidup dalam masalah duit tak de. Hakikatnya itulah yang berlaku pada kebanyakan pelajar di akhir semester.
Sekarang saya nak kongsi sedikit bagaimana cara nak mengatasi masalah kewangan khususnya kepada para pelajar...
- Biasakan diri untuk menyimpan dan mengawal kewangan
- Banyakkan membaca, membeli buku-buku dan majalah berkaitan degan pengurusan kewangan
- Kawal perbelanjaan anda
- Beli benda yang perlu sahaja
- Jangan berbelanja mengikut hawa nafsu
- Bahagikan wang pinjaman kepada tiga bahagian seperti perbelanjaan untuk makan, yuran dan perbelanjaan untuk pelajaran
- Tulis setiap perkara yang telah anda belanjakan untuk memberi penilaian kepada kita bahawa berapa yang kita telah habis dalam sehari.
- Berusaha untuk memperbaiki sifat boros
- Sentiasa berdoa kepada Allah agar jauh dari belenggu hutang
- Elakkan aktiviti yang boleh menghabiskan duit seperti tengok wanyang, picnic dan sebagainya.
- Rajin-rajinlah menghadiri seminar atau forum yang berkaitan cara pengurusan kewangan.
Saya rasa cukup disini sahaja perkongsian saya pada hari ini. diharap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi inspirasi serta manfaat kepada semua. Amin..... Wassalam.... :)
PROJEK LANGSAI HUTANG PTPTN
ReplyDeleteAnda seorang pelajar? bingung dgn hutang PTPTN? adakah anda yakin habis bljr dpt kerja? klau xda kerja, bgaimana dgn hutang PTPTN?
jangan risau.. KELAB JUTAWAN ada penyeleaiannya. anda mampu melunaskan pinjaman anda dlm masa 6 bln. sekurang2nya habis bljr hutang tiada.bagaimana?
klik link ini untuk maklumat lanjut http://goo.gl/VoiUEF
http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/qiqilala
ReplyDelete