Sedar tak sedar sekarang dah masuk minggu ke sembilan bagi semester ni, assignment makin banyak, ditambah pula dengan presentation, midterm test dan banyak lagi.
Bila semua benda terkumpul kita rasa masa sangatlah pendek dan cepat.. tiap saat sangatlah berharga. Masa awal semester dulu buat apa? Facebook, Youtube, layan movie, main game, jalan-jalan, itulah alasan yang sering kali diberi oleh pelajar disaat akhir semester.
Natijahnya
menyebabkan kerja bertimbun-timbun dan menyebabkan tiba-tiba menjadi
sibuk untuk menyiapkan perkara-perkara tertentu pada waktu-waktu
kritikal. Padahal jika kerja tersebut dilakukan daripada awal dan tidak menunggu saat akhir, kesan tekanan yang dihadapi mungkin tidaklah terlalu hebat.
Memetik kata-kata Imam Nawawi di dalam kitab al-Majmuk. Terdapat dua nikmat yang selalu dilupakan oleh kita iaitu masa lapang dan sihat, kerana ia manusia selalu lapang dan sihat berbanding terlalu sibuk dan sakit.Namun, mungkin kerana terlalu banyak masa lapang & sihat itulah yang menyebabkan kita menjadi kurang bersyukur serta beralih fokus ke arah duniawi.
Sebagai pelajar kita seharusnya memanfaatkan masa sebaiknya. Jangan nak buat semua kerja last minute, nanti ntah apa-apa jadinya kerja tu.
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran. "
[Al-Asr (103): 1-3]
Seluruh manusia didunia ini dikurniakan masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.
Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan yang bermaksud Bersedialah Masa hidup sebelum mati, Masa sihat sebelum sakit, Masa muda sebelum tua, Masa kaya sebelum miskin dan Masa senang sebelum susah.
Untuk cemerlang dalam pelajaran dan hidup, seseorang itu harus menguruskan masanya dengan baik. bak kata pepatah, "masa itu ibarat pedang". Oleh itu manfaatkanlah masa yang ada sebelum 5 perkara yang saya sebutkan tadi. Disini saya nak kongsikan sedikit tip menguruskan masa buat pelajar seperti saya. Antaranya ialah:
1.Senaraikan aktiviti yang dibuat dalam satu hari
2.Susun atur aktiviti menurut kepentingannya
3.Elakkan menyenaraikan aktiviti yang tidak berfaedah
4.Bahagikan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti
5.Buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan
6.Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah ditetapkan
7.Jika berjaya dalam sehari,cuba buat untuk jadual seminggu
2.Susun atur aktiviti menurut kepentingannya
3.Elakkan menyenaraikan aktiviti yang tidak berfaedah
4.Bahagikan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti
5.Buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan
6.Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah ditetapkan
7.Jika berjaya dalam sehari,cuba buat untuk jadual seminggu
sekatat ini dulu perkongsian saya pada kali ini, diharap tip yang saya senaraikan sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menguruskan masa dengan baik. Akhir sekali saya tinggalkan anda dengan video Nasyid daripada kumpulan Raihan.. Demi masa... :)