Thursday, 21 March 2013

khawin vs belajar

Assalamualaikum w.b.t.. pertama sekali marilah kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk kita bernafas di muka bumi Allah ini. Hari ni saya nak kongsi sedikit pengalaman berkahwin semasa belajar dan kebaikannya di sisi Allah dan juga masyarakat. Saya pilih topik ni sebab saya dah kahwin..hehe, so tak rugi jika saya kongsi serba sedikit pengalaman saya pada kawan-kawan semua.






“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.


Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.
  
Berkahwin muda pada pandangan saya sangat baik dan dituntut kerana ia akan menghalang seseorang itu melakukan maksiat dan menjauhi daripada zina. Bahkan dalam Islam sendiri menggalakkan ummatnya berkahwin awal jika mampu..

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sebut saja kahwin ramai yang cakap seronoknya kahwin... tapi kita perlu ingat, kahwin ni bukan perkara main- main. Bila dah kahwin adalah satu langkah permulaan memikul tanggungjawab yang besarIa adalah amanah dari Allah dan tanggungjawab haruslah dilaksanakan baik suami ataupun isteri. Kalau lelaki, dia kena bersiap sedia untuk membimbing isteri dan anak-anak. Kalau perempuan pula, dia kena bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab menguruskan keluarga. ha.. kena tahulah tugas masing-masing, jangan nak tahu berseronok je... Soal tanggungjawab yang dipandang remeh lah yang selalu jadi punca kepada keruntuhan sesebuah institusi keluarga tu.



Berkahwin semasa belajar ada cabaran dan kemanisannya tersendiri. terpulang pada individu tersendiri bagaimana mereka mahu mencorakkan rumah tangga mereka. Alhamdulillah setelah genap 9 bulan usia perkahwinan, ia telah mematangkan saya dalam membahagikan tugas sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang pelajar. 



Saya masih ingat kata-kata ustaz yang mengajar halaqah kelas saya sem lepas, ustaz memang respect pelajar-pelajarnya yang kahwin awal. Ustaz cakap, bila kita dah kahwin first, ada orang jaga kita, nak minta tolong pun senang, tak de lah kita mintak tolong dekat sebarangan orang...so, ia dapat menghindari daripada godaan syaitan. second, bila hubungan kita dah halal, semuanya akan jadi sweet, walaupun kita makan kat rumah berlaukkan ikan kering, kita boleh merasai kenikmatannya berbanding makan di restoren bertaraf 5 bintang dengan pakwe, tak rasa apa-apa pun.. dosa ada la.. bila fikir-fikir balik memang betul apa yang ustaz cakap.

Apa yang seronoknya, saya dapat masak, jaga pakaian suami, sediakan apa yang suami nak, sembahyang bersama, makan bersama dan sebagainya. Bila saya ada masalah dalam pelajaran, contohnya bila ada yang saya tak faham suami akan jadi tok guru saya.Memang tak dapat dinafikan, Alhamdulillah..prestasi belajar saya semakin meningkat.. pointer semakin naik, Insyaallah dapat dekan sem ni..Amin.. satu lagi, bila ada masalah kami akan selesaikan bersama.



Antara Kebaikkan & Kelebihan Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda ialah:
  1.  Mengelakkan zina
  2.  Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat
  3.  Batas-batas pergaulan anda lebih terpelihara
  4.  Selamat dari gangguan orang ramai
  5.  Selamat dari cinta monyet yang melalaikan 
  6.  Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah
  7.  Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belajar
  8.  Dapat membuat perancangan keluarga lebih awal
  9.  Menjadikan kita seorang yang lebih bertanggungjawab
  10.  Dapat bagi cucu awal dekat ibu dan ayah
So, diharap apa yang saya kongsi  dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sebelum berpisah marilah sama-sama kita renungi Hadis Nabi s.a.w ini...

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)





Friday, 1 March 2013

Banyak sekolah ditutup di Kelantan ekoran banjir..

salah sebuah sekolah di Rantau Panjang, Kelantan

Memandangkan sekarang ni cuaca tak berapa nak menentu, hujan je... banyak Negeri yang mengalami banjir. Salah satunya Negeri Kelantan sehinggakan lebih banyak sekolah akan ditutup ekoran banjir.


Apa yang saya tahu..memang saya tahulah sebab kampung saya dekat dengan Rantau Panjang  hehe...kawasan Rantau Panjang ni selalu je banjir sebab kawasannya rendah dan berhampiran dengan Sungai Golok. hujan sikit je mesti banjir..and then jalan akan ditutup, tak leh la korang nak shoping2...

Setakat ni antara sekolah yang terlibat ialah 15 buah di jajahan Pasir Mas dan enam lagi di jajahan Tanah Merah. 

Sekolah di jajahan Pasir Mas ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi, SMK Rantau Panjang, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Alfalahiah Sirah, SABK Diniah Bongor, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang I, SK Kok Pauh, SK Kampung Baru, SK Rantau Panjang, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Khay Boo, SK Bakong, SK Gual Sitok, SK Sri Rantau Panjang II, SK Rahmat, SK Gual Tok Deh dan SK Lubok Stol.

Enam lagi sekolah di jajahan Tanah Merah ialah SK Sokor, SK Ladang Kerilla, SK Kampung Panjang, SK Tebing Tinggi, SK Kulim dan SABK Tarbiayah Islamiah (Kuala Kajang).

Banjir ni boleh mendatangkan bahaya. so, kita perlu tahu langkah-langkah keselamatan semasa banjir. Antaranya ialah :




  1. Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  2. Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  3. Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  4. Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir.
Langkah-langkah keselamatan dah tahu, bagaimana pula cara kita menjaga kesihatan sewaktu banjir?? caranya ialah seperti berikut:

  1. Sentiasa minum air yang telah dimasak
  2. Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan       mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  3. Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  4. Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling 
  5. Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
  6. Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. 


Kepada mangsa-mangsa banjir bersabarlah, ni semua ujian daripada Allah s.w.t. Apa yang penting jagalah keselamatan diri dan keluarga,ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak daripada bermain air banjir dan patuhilah arahan dari pihak-pihak keselamatan. sekiranya dinasihatkan berpindah maka sebaiknya berpindah kerana nyawa adalah lebih penting dari segalanya. 




Tip mengurus stres




"stres stres stes".... itulah perkataan yang selalu kita dengar apabila seseorang itu ada masalah.. Sebenarnya sres ni adalah situasi atau perkara  yang boleh mengganggu atau membina kehidupan seseorang. Jika seseorang dapat menyesuaikan diri ia akan menjadi "EUSTRESS", Jika tidak dapat menyesuaikan diri ianya akan menjadi "DISTRESS".

Sebenarnya banyak perkara yang boleh buat kita stes kan? contohya tekanan di tempat kerja, tekanan belajar, gangguan emosi dan sebagainya. Tipulah kalau ada yang tak mengalami saat macam ni, tiap orang ada masalah tersendiri..Terpulang pada individu macam mana nak menyelesaikan masalah. Orang cakap kalau dipendam je masalah yang dihadapi makin parah jadinya. so, try share dengan orang yang boleh dipercayai manalah tahu ada penyelesain disitu. kalau masalah cinta macam mana??? hehe..

Disini saya nak share punca berlakunya stres.. 

PERSEKITARAN
  • iklim- panas, sejuk, bencana alam, debu dan lain-lain
  • suasana tempat tinggal/ perpindahan
  • suasana tempat kerja
  • jalan raya
PSIKOSOSIAL
  • perhubungan keluarga(suami isteri, anak, ahli keluarga)
  • kerjaya (tidak cocok, matlamat, mobiliti terbatas)
  • masalah sosial
  • konflik dengan pentadbiran
  • perhubungan interpersonal
  • kurang penghargaan 
PERSONALITI
  • tidak mampu katakan "TIDAK" 
  • keperluan untuk disukai
  • merasa bersalah
  • kesegeraan (hurry sickness)
  • kebimbangan
  • pengurusan kendiri
  • sakit





Antara tanda-tanda stres ialah berlakunya gangguan emosi seperti mudah marah dan agresif, suka menyendiri, panas baran. orang stres mesti suka marah-marah kan...Selain itu gangguan pemikiran turut berlaku seperti sukar menyelesaikan masalah, sukar membuat keputusan dan pelupa... Bukan setakat gangguan emosi dan pemikiran sahaja fizikal kita turut terganggu seperti gangguan pada jantung, pencernaan dan paru-paru. bila dah stres kelakuan pun turut berubah, ada yang sukar tidur, makan berlebihan atau hilang selera makan dan lambat bertindak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama  ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengankat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut. (Riwayat al-Hakim)

Sebenarnya stres ni akan memberi kesan kepada orang lain contohya pada individu lain, keluarga, organisasi, komuniti dan juga negara. kalau kita tak kawal emosi kita mungkin kita akan kehilangan kawan baik, pekerjaan dan lain-lain. sebenarnya ada rawatan yang boleh mengatasi stres andai kita mempunyai strategi. Apa strateginya??? Ni dia:

  • Audit diri (lakukan ujian berkaitan psikologi)
  • membina kemahiran diri (membuat keputusan dan menyelesaikan masalah)
  • kemahiran pengurusan diri (menilai diri sendiri)
  • mempekemas pengurusan emosi (kawal emosi)
  • bina ketahanan diri (amalkan pemakanan sihat dan elakkan merokok atau minun minuman keras)
  • kaji semula pegangan hidup (mengenal positif dan negetif)
Cara mengatasi stres:
  1. keluarga bahagia
  2. pekerjaan yang seronok
  3. sembahyang, berzikir dan berdoa
  4. bersukan
  5. diet yang sihat


kesimpulannya ialah don;t stres stres..hehe.. Apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. so bersabar, berdoa moga ada jalan penyelesain dan petunjuk pada masalah kita..janji jangan cepat mengalah.. don;t be sad k. kalau stres sangat jangan sampai jadi macam ni sudahla... hehe