Thursday, 30 May 2013

kebaikan belajar secara berkumpulan...

Assalamualaikum semua... Jumpa lagi kita ye. Saya nak tanya kawan-kawan semua, pernah tak belajar secara berkumpulan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Setiap murid mempunyai cara yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran mereka .


Ada yang suka belajar di perpustakaan ,di rumah dan ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Terdapat juga yang mengatakan bahawa belajar secara berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Pada pendapat saya, ini merupakan tanggapan yang salah. 



Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Hal ini dikatakan kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama. Contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang berlainan.


Berdasarkan pengalamn saya, belajar secara berkumpulan ni ada kabaikan dan keburukannya. jadi kita mestilah pandai mengawal keadaan dan kita juga boleh mencorakkan bagaimana cara nak belajar secara berkumpulan.  


Semua faedah mempunyai keburukannya. Tidak semua orang akan menumpukan pelajarannya bila belajar dengan kumpulan. Sebaliknya, mereka akan berbual-bual dan niat untuk belajar sudah makin jauh.

First, mesti pilih kawan yang betul-betul nak belajar. Bukan apa, kalau kita pilih kawan yang suka berborak benda yang tidak berfaedah tentu akan memberi kesan kepada kita dan juga kepada ahli kumpulan yang lain. 

Second, kena pilih tempat yang tenang seperti perpustakaan agar situasi tersebut dapat membantu kita mendapat ketenangan semasa belajar. Jangan sesekali memilih tempat yang bising kerana akan memberi tekanan serta apa yang kita belajar tak masuk dan tak kekal lama.

Antara kebaikan belejar secara berkumpulan ialah:
  • Idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama.
  • Mudah menerima pelajaran, meminta bantuan daripada rakan yang lebih bijak ,dapat mengetahui maklumat dengan lebih cepat.
  • Boleh menjalinkan hubungan persahabatan melalui pembelajaran dalam kumpulan.
  • Boleh mengurangkan perbelanjaan. Ini kerana dalam sesebuah kumpulan, kesemua ahli kumpulan itu pasti akan mempunyai buku latihan kepunyaan sendiri yang boleh dikongsi bersama.
  • Dapat menilai tahap pencapaian diri.
  • Mewujudkan persaingan yang sihat.
  • Meningkatkan motivasi untuk belajar dan berusaha untuk menjadi lebih rajin



    Ni video belajar berkumpulan... mesti tengok tau

Secara luaran dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Secara ringkasnya, belajar secara berkumpulan banyak membantu jika dilaksanakan dengan betul. Rasanya setakat ini dulu ye... Jom solat asar.. Bye.. Wassalam.... :)



Cara mengatasi masalah kewangan



Assalamualaikum sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian... pada petang yang tenang ini saya ingin berkongsi satu topik yang tidak asing lagi pada kita semua iaitu masalah kewangan. Bukan sahaja pelajar yang mengalami masalah ini bahkan yang sudah bekerja dan mempunyai gaji tetap turut dilanda masalah ini. 

Terlalu ramai di kalangan masyarakat kita hari ini terpaksa bergelut dengan masalah kewangan setiap hari. Betul tak kawan-kawan?

Saya juga tidak terlepas dalam masalh ini, yela... harapkan duit pinjaman je untuk makan, yuran, buku-buku dan sebagainya. Bukan mak bapak tak bagi duit, saya ni jenis yang tak suka nak meminta-minta. Kesian mereka, ramai lagi adik-adik kat bawah yang masih belajar. Kalau dah tak de duit baru saya minta, tu pun tak banyak sekadar cukup makan. So, pandai-pandailah kita berjimat-cermat.


Saya nak ceritakan sedikit pengalaman saya masa saya tahun satu, saya tinggal kat asrama... Masa last semester memang kesian betul, pagi tak makan tunggu makan tengah hari, tu pun makan maggie je, Sebab nak save budget... Makan nasi sekali je sehari, tu pun nasi bujang je... Yela nasi bujang tak la mahal sangat just RM2.50 je.


So, Alhamdulillah sekarang saya dah pandai nak manage perbelanjaan saya. Kawan-kawan mengadu duit pinjaman dah habis tapi saya still dapat hidup lagi.. Hehehe, bukan apa pengajaran lepas saya jadikan iktibar. Dah serik tau hidup dalam masalah duit tak de. Hakikatnya itulah yang berlaku pada kebanyakan pelajar di akhir semester.

Sekarang saya nak kongsi sedikit bagaimana cara nak mengatasi masalah kewangan khususnya kepada para pelajar...

  1. Biasakan diri untuk menyimpan dan mengawal kewangan 
  2. Banyakkan membaca, membeli buku-buku dan majalah berkaitan degan pengurusan kewangan 
  3. Kawal perbelanjaan anda
  4. Beli benda yang perlu sahaja
  5. Jangan berbelanja mengikut hawa nafsu
  6. Bahagikan wang pinjaman kepada tiga bahagian seperti perbelanjaan untuk makan, yuran dan perbelanjaan untuk pelajaran
  7. Tulis setiap perkara yang telah anda belanjakan untuk memberi penilaian kepada kita bahawa berapa yang kita telah habis dalam sehari.
  8. Berusaha untuk memperbaiki sifat boros
  9. Sentiasa berdoa kepada Allah agar jauh dari belenggu hutang
  10. Elakkan aktiviti yang boleh menghabiskan duit seperti tengok wanyang, picnic dan sebagainya.
  11. Rajin-rajinlah menghadiri seminar atau forum yang berkaitan cara pengurusan kewangan.
Saya rasa cukup disini sahaja perkongsian saya pada hari ini. diharap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi inspirasi serta manfaat kepada semua. Amin..... Wassalam.... :)


Tuesday, 28 May 2013

kebaikan study awal



Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian... sedar tak sedar dah nak masuk study week dah.. cepatnya masa berlalu. So, masa stydy week ni la kita pulun habis-habisan subjek final nanti. Itulah tanggapan sesetengah pelajar, dalam masa seminggu  nak study semua memang tak larat.. maka, sangat penting kita belajar dari awal sikit demi sikit... seperti pepatah mengatakan, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit".

Kalau kita lihat, banyak manfaatnya study dari awal lagi antaranya, terhindar dari stres, semua subjek kita boleh kuasai dan fahami, so.. masa study week tu kita ulang balik apa yang kita dah baca sebelum ni and then sebolehnya try tengok soalan yang lepas-lepas...barulah kita boleh score dalam final nanti.



Kebanyakan pelajar suka sangat study last minute sehinggakan malam sebelum final tak tidur malam... ini salah satu tabiat yang tidak elok kerana akan menjejaskan kesihatan dan maybe otak kita pun boleh jam dalam hall nanti. Maka berwaspadalah wahai pelajar semua. 







Saya just bagi pandangan dan peringatan untuk diri saya saya dan juga rakan-rakan seperjuangan sekelian.
Cuba kita lihat pelajar cemerlang mempunyai motivasi diri yang tinggi, mempunyai jadual belajar, melakukan aktiviti berfaedah, tidur yang cukup bangun awal pagi and tidur awal, hidup penuh dengan perancangan dan sebagainya. 
 


Kalau boleh kita semua nak menjadi salah seorang pelajar cemerlang kan? so, kenalah ubah sikap dan motivasi diri perlu ada untuk melengkapkan kita sebagai seorang pelajar yang cemerlang.






Ubahlah diri kita pada hari ini untuk masa depan yang lebih baik.. Jadilah yang terbaik dari kalangan yang terbaik....Itu sahaja, Wasalam... :)


Cara mengawal ketakutan di pentas

Assalamualaikum sahabat sekalian.. bertemu lagi kita ye... Pada pagi yang indah ini saya ingin berkongsi satu topik yang menarik dan tidak asing lagi kepada semua khususnya yang bergelar pelajar. Satu perkara yang sering menghantui mana-mana individu yang baru mula berjinak-jinak dalam bidang pengucapan awam ialah ketakutan atau cuak untuk berdiri di atas pentas.


Setiap insan di dunia ini mempunyai perasaan takut dan gementar, namun ia boleh diatasi sekiranya kita tahu cara mengawal ketakutan dan perasaan gementar terutamanya ketika bercakap di khalayak ramai.


Di alam Universiti, pelajar tidaka akan terlepas dengan tugasan yang menuntut pelajar supaya bercakap di hadapan ataupun membentangkan tugasan yang di beri tambahan lagi jika dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab... lagila hancur..hehe.


Ketakutan, jika dibiarkan menguasai diri bukan sahaja akan mempengaruhi imej dan pembawakan seseorang itu di atas pentas malah turut menjejaskan 'jiwa' ucapan yang disampaikan. Seseorang yang gagal mengawal ketakutan di atas pentas biasanya turut gagal untu menguasai audien dengan baik. Akibat ketakutan dan gementar, biasanya pemidato akan mengalami kesukaran seperti berucap terlalu laju sehingga audien sukar untuk memahami butir-butir ucapan.




Ramai juga pensyarah memberi komen bahawa pelajar terlalu takut, tidak bersedia, terlalu malu dan sebagainya sehinggakan perbentangan menjadi kaku seolah-olah pemberita sedang membaca berita menerusi skripnya.

Namun, tidak dinafikan ada pelajar yang terlalu bagus dalam membuat perbentangan, tak semua pelajar takut tapi kebanyakannya macam tu lah. Disini saya ingin berkomgsi sedikit tip untuk mengawal ketakutam di pentas. Antaranya ialah...


  1. Meletakkan setiap perkara yang hendak disampaikan pada taraf tertinggi. 
  2. Meletakkan minda dalam keadaan POSITIF.
  3. Yakin dan bersedia. 
  4. Bayangkan audiens menikmati pidato Anda, mereka menatap dengan antusias, mendengarkan dengan sungguh-sungguh dan bertepuk tangan.
  5. Bayangkan betapa baiknya apa yang akan Anda tampilkan.
  6. Membuat persediaan terlebih dahulu.


Saya rasa itu setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini.. Insyaallah bertemu lagi. Bye...


Monday, 27 May 2013

kerjasama dalam kumpulan penting...

Assalamualaikum w.b.t kawan-kawan semua, selamat petang, harap semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik. Sebagai pelajar di institusi tinggi sudah pasti kita tidak akan terlepas daripada membuat kerja secara berkumpulan samada assignment, ataupun tugasan lain. makanya, saya ingin bincangkan Satu topik yang agak iaitu kepentingan kerjasama dalam kumpulan.


Ada di kalangan kita yang tidak menitik beratkan kerjasama dalam kumpulan malah mengabaikan serta tidak mengambil tahu segala tugas yang telah diberikan. Jika dalam kumpulan kita terdapat insan seperti ini, tentu kita sakit hati kan? Mana tak nya kita yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan, kawan kita pun mendapat nama juga. Tentu ini tidak adil kan? Kita pula berdiam diri je dan tak melaporkan kepada pensyarah ataupun pihak atasan kerana tidak mahu bergaduh, bermasam muka dan memperbesarkan kes. 




Justeru itu, saya ingin mengetengahkan topik ini pada hari ini walaupun sebelum ini banyak pihak yang telah membincangkan hal ini. Selama 3 Tahun di Universiti macam-macam ragam ahli kumpulan yang telah saya temui, ada yang bagi kerjasama sepenunya, ada yang tidak mengambil tahu langsung, ada yang tidak mahu mendengar idea orang lain, ada yang bergaduh dan bermasam muka ketika membuat tugasan dan banyak lagi. 






Makanya, kita perlu ingat kerjasama yang utuh dalam kumpulan bisa menghasilkan kerja yang bagus dan bermutu. 

 






Lewat ini ramai yang tidak sedar dan cuba meminggirkan keutamaan bekerja dalam satu pasukan. Mereka merasakan lebih selesa untuk membuat segala kerja bersendirian. Ada yang memaklumkan hasil kerja yang dilakukan secara individu lebih berpuas hati berbanding dilaksanakan dalam bentuk kumpulan. Mereka juga tidak menaruh kepercayaan yang tinggi kepada orang lain untuk melaksanakan tugas sepertimana yang mereka biasa lakukan.

Disini saya senaraikan apa yang perlu ada dalam setiap anggota kumpulan untuk memupuk semangat berpasukan 


  1. Perlu tahu tugas masing-masing
  2. Memberikan sepenuh perhatian kepada tugasan yang telah diberikan
  3. Sentiasa mengambil tahu masalah dalam kumpulan dan cara menyelesaikannya
  4. Berkongsi pandangan dan idea
  5. Boleh menerima teguran
  6. Menjaga hati dan menghormati ahli kumpulan yang lain
  7. Jika tidak berpuas hati suarakannya di hadapan
  8. Bersabar

Saya rasa itu saja perkongsian saya pada kali ini. Diharap apa yang saya luahkan dapat menyedarkan insan-insan di luar sana yang tidak mengambil peduli tentang permasalahan ini. Kerjasama dalam kumpulan amatlah penting seperti yang selalu dilaung-laungkan dalam animasi Wonder Pets "Apa yang penting KERJASAMA"... Sekian.






Tuesday, 14 May 2013

Hargai jasa guru (GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA)




Assalamualaikum w.b.t... Apa khabar semua, harap sihat-sihat selalu, dan sentiasa dibawah rahmat Allah s.w.t. Pertama sekali sempena hari guru ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh dunia, tak lupa kepada yang mendidik saya dari peringkat rendah hinggalah saya bergelar mahasiswa sekarang. Kepada semua pensyarah terima kasih banyak-banyak dengan ilmu yang telah anda semua curahkan semoga dengan ilmu yang ada dalam dada ini dapat mendidik generasi yang akan datang.. Insyaallah...


seperti yang kita tahu, guru adalah seseorang yang sangat penting dalam hidup manusia, tanpa guru maka masyarat akam mundur dan cetek ilmu seperti pepatah mengatakan guru ibarat lilin yang membakar.

Seperti yang kita tahu, guru adalah seseorang yang sangat penting dalam hidup manusia, tanpa guru maka masyarat akam mundur dan cetek ilmu seperti pepatah mengatakan guru ibarat lilin yang membakar.

Guru adalah profesyen mulia. Peranannya mendidik generasi dengan ilmu pengetahuan dan akhlak. Tiada kepimpinan tanpa didikan guru. Sebarang kejayaan, maka di belakangnya ada guru. Guru sama peranannya dengan ibu. Guru mendidik minda dan jiwa, sedang ibu mendidik fizikal dan segala. Kejayaan individu oleh guru dan kejayaan masyarakat juga adalah oleh guru.

Dalam Islam sendiri mengajar kiata bagaimana cara menghormati dan memuliakan guru, sebagaimana kita memuliakan ibu bapa kita.kerana merekalah menyampaikan ilmu kepada kita untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. dan pengganti ibu bapa kita bila di sekolah, malah perkara sangatlah dititk beratkan dalam Islam kerana dengan memuliakan guru, ilmu yang kita pelajari bertambah berkat serta kita dapat mengamalkannya dengan baik.Sabda Rasulullah saw Maksudnya: Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya dia memuliakan TuhanNya.



 Cara beradab menghormati guru:
  • Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah
  • Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.
  • Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
  • Mengucap salam setiap kali bertemu guru
  • Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru
  • Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru
  • Menghargai ilmu yang diberi oleh guru
  • Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
  • Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.
  • Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit
  • Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah bila ditimpa musibah.
Akhir kata marilah kita menghayati amalan tersebut mudah-mudahan kita adalah antara orang yang mulia di sisi Allah swt .Terimalah lagu SELAMATHARI GURU dari Najwa Latif, Sekian.







Friday, 19 April 2013

Demi Masa...




     Sedar tak sedar sekarang dah masuk minggu ke sembilan bagi semester ni, assignment makin banyak, ditambah pula dengan presentation, midterm test dan banyak lagi.

 
Bila semua benda terkumpul kita rasa masa sangatlah pendek dan cepat.. tiap saat sangatlah berharga. Masa awal semester dulu buat apa? Facebook, Youtube, layan movie, main game, jalan-jalan, itulah alasan yang sering kali diberi oleh pelajar disaat akhir semester.  


Natijahnya menyebabkan kerja bertimbun-timbun dan menyebabkan tiba-tiba menjadi sibuk untuk menyiapkan perkara-perkara tertentu pada waktu-waktu kritikal. Padahal jika kerja tersebut dilakukan daripada awal dan tidak menunggu saat akhir, kesan tekanan yang dihadapi mungkin tidaklah terlalu hebat. 

Memetik kata-kata Imam Nawawi di dalam kitab al-Majmuk. Terdapat dua nikmat yang selalu dilupakan oleh kita iaitu masa lapang dan sihat, kerana ia manusia selalu lapang dan sihat berbanding terlalu sibuk dan sakit.Namun, mungkin kerana terlalu banyak masa lapang & sihat itulah yang menyebabkan kita menjadi kurang bersyukur serta beralih fokus ke arah duniawi.

Sebagai pelajar kita seharusnya memanfaatkan masa sebaiknya. Jangan nak buat semua kerja last minute, nanti ntah apa-apa jadinya kerja tu. 


 Firman Allah s.w.t :
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran. "
 [Al-Asr (103): 1-3]


Seluruh manusia didunia ini dikurniakan masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.

Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan yang bermaksud Bersedialah Masa hidup sebelum mati, Masa sihat sebelum sakit, Masa muda sebelum tua, Masa kaya sebelum miskin dan  Masa senang sebelum susah.

Untuk cemerlang dalam pelajaran dan hidup, seseorang itu harus menguruskan masanya dengan baik. bak kata pepatah, "masa itu ibarat pedang". Oleh itu manfaatkanlah masa yang ada sebelum 5 perkara yang saya sebutkan tadi. Disini saya nak kongsikan sedikit tip menguruskan masa buat pelajar seperti saya. Antaranya ialah: 

1.Senaraikan aktiviti yang dibuat dalam satu hari

2.Susun atur aktiviti menurut kepentingannya

3.Elakkan menyenaraikan aktiviti yang tidak berfaedah

4.Bahagikan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti

5.Buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan

6.Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah ditetapkan

7.Jika berjaya dalam sehari,cuba buat untuk jadual seminggu

sekatat ini dulu perkongsian saya pada kali ini, diharap tip yang saya senaraikan sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menguruskan masa dengan baik. Akhir sekali saya tinggalkan anda dengan video Nasyid daripada kumpulan Raihan.. Demi masa... :)